makan bola, sepak bola, pukul bola, pukul orang??

image by VirtualMalaysia
Hari sabtu malam ahad, aku dan wife aku decide takmo keluar rumah disebabkan adanye acara bola sepak final antara Negeri Sembilan vs Kelantan. Well, interesting nye aku ni bukan la minat beno bola pun tapi wife aku pulak yang minat sakan (hehe). Jadi, aku diajak menonton bola kat TV malam tu.

Walaupun aku tak berapa fokus kat game tu tapi aku tertarik peratikan gelagat penonton tu sendiri. Kenapenye? sebab punya la ‘perak’ mereka ni macam tak pernah tonton bola. Waktu score masih lagi 0-0 ade yang ambil tindakan baling botol minuman diorang ke arah pemain2 N9. Jurukamera pun turut kene skali tak pasal². Zalim..

Tak cukup dengan botol, datang pulak yang letupkan mercun.. siap berlawan² pulak skali.. agak barbarik jugak la waktu tu. Kenape la dorang boleh bertindak macamtu. Betul² buat malu negeri sendiri especially Tok Guru..

Pulak tu.. datang pulak satu insiden kerusi terbakar akibat mercun² tadi terkena banner. Apelaa ‘bijak’ sangat dorang ni.. suka kepada kemusnahan

Sudahnya, kalau dah Allah nak tunjuk tu sekejap je.. dek sebab tindakan dorang yg suka menganayia orang maka N9 menang 3 mata.

Tapi apepun, bukan semua nye camgitu.. cuma segelintir.. segelintir BESAR yang sikap nye dah macam bukan manusia. Yang lain tu just nak tonton je. Tak pasal² jadik mangsa..

Dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.. 😛

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s