Satukan hati dengan Iman

Dua bilah kayu disatukan dengan paku.  Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika  dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah  dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri  masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi  jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma  semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf.  Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.  Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada  ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat  menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih  cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah,  dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya  hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua,  tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika  kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman,  boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego  (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa  dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada  cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada  tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling  membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego,  tidak mahu bersentuhan… Konon  takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri,  aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan  cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang  isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.  Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam.  Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar.  Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya  satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit  didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur  berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja  disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak  sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata  dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon  kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di  hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau  tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa  sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau  keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam  ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah  memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

‘House‘ dan ‘Home

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi  muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada  keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah  (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga  (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.  Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada  kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di  rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi  belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah  antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang  perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu  akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan  madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan  kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi  memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada  lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah  terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati  bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui  hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang  wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Dapatkan Cinta Dengan ‘Membeli’ Cinta

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan  kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan  ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula  cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.  Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu  akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian,  tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada  di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang  menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun  fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih  tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati  masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka  menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku.  Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu  mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba  ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama  ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah Allah

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih  dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah  sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan  Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi  tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa  yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah  arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran  Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang  hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa  bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran,  berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang  belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh  menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah  bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang  mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada  orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri  sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya  mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar  tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada  isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.  Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan  martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta  maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila  terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia  sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah  satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran  walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran  ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang  takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam  pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang,  siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan  berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan  begitulah sebaliknya.[B] Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala[/B].  Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang  pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal,  berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati,  Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi  diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita  dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia  menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi  rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti  ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan  luntur, cinta akan subur!

* shared article from iluvislam.com

Dua bilah kayu disatukan dengan paku.  Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika  dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah  dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri  masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi  jika [B]di hati sama-sama masih ada ALLAH[/B], perdamaian akan mudah menjelma  semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf.  Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.  Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada  ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat  menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih  cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah,  dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya  hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua,  tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika  kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

[B]Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur[/B]

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman,  boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. [B]Virus iman ialah ego  (takbur)[/B]. Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa  dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada  cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada  tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling  membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego,  tidak mahu bersentuhan… Konon  takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri,  aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan  cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang  isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.  Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam.  Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar.  Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

[B]Ada pula isteri yang ego[/B]. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya  satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit  didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur  berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja  disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak  sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

[B]Ego si suami selalunya terserlah[/B]. Boleh dilihat daripada jegilan mata  dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon  kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di  hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau  tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa  sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

[B]Ego si isteri terpendam[/B]. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau  keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam  ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah  memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

[B][I]House[/I] dan [I]Home[/I][/B]

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi  muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada  keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah  ([I]house[/I]) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga  ([I]home[/I]) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.  Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada  kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di  rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi  belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah  antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang  perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu  akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan  madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan  kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi  memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada  lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah  terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati  bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui  hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang  wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

[B]Dapatkan Cinta Dengan ‘Membeli’ Cinta[/B]

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan  kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan  ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula  cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.  Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu  akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian,  tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada  di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

[B]Susurilah cinta yang hilang di jalan iman[/B]. Buanglah kerikil ego yang  menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun  fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih  tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati  masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka  menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku.  Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu  mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba  ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama  ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

[B]Carilah Allah[/B]

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih  dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah  sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan  Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi  tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa  yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah  arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran  Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang  hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa  bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran,  berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:

“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang  belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh  menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah  bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang  mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada  orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri  sendiri.

[B]Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah[/B]. Segeranya  mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar  tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada  isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.  Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan  martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta  maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila  terasa kita yang bersalah.

Namun,[B] lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah[/B]. Dia  sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah  satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran  walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran  ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang  takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam  pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang,  siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan  berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan  begitulah sebaliknya.[B] Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala[/B].  Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang  pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal,  berteduh di bawah bumbung yang sama.

[B]Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego[/B]. Bisikan selalu di hati,  Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi  diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita  dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia  menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi  rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti  ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan  luntur, cinta akan subur!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s