Zuhayra Qistina ~ the story

Pukul 6.55PM pada 29 Januari 2011, genaplah umur Zuhayra Qistina kepada setahun. Cepat betul masa berlalu. Daripada lahir kecik je dulu, sekarang ni dia dah berlari² dah.

Selamat Hari Lahir anakku Zuhayra Qistina ~
moga menjadi insan yang cerdik & solehah. Daripada Ayah & Ibu

Sempena ulang tahun yang pertama ni, aku ceritakan detik-detik Zuhayra dilahirkan setahun lalu.

Continue reading

Advertisements

Perginya Tak Kembali

“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
(03.08.1969-13.08.2009)

Pagi tadi sebelum sahur, aku pasang Astro Oasis. Terdengar zikir² yang dilaungkan oleh Allahyarham Ustaz Asri. Syahdu setiap kali aku didengarkan zikir² laungan ustaz.

Continue reading